Premium
Program SkillsFuture digital buat pekerja pengangkutan
Aug 7, 2019 | 5:30 AM
BINA PEMIKIRAN DENGAN MATLAMAT MASA DEPAN DIGITAL: Encik Ng (tiga dari kanan) meninjau teknologi yang ada dalam dunia pengangkutan setempat sewatu melancarkan rancangan SkillsFuture digital buat pekerja SMRT. Bersamanya ialah Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Melvin Yong (kanan). - Foto NTUC -
PEGAWAI SMRT kini berpeluang mengikuti program yang dapat melengkapi mereka dengan kemahiran digital yang diperlukan, selain memanfaatkan alat teknologi sedia ada di tempat kerja.
Dikenali sebagai Program SkillsFuture for Digital Workplace (SkillsFuture bagi Tempat Kerja Digital), usaha tersebut telah disesuaikan bagi kakitangan SMRT dan diperkenal oleh Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) dan SMRT.

