Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program tarian kesihatan sepanjang tahun di OTH

Feb 25, 2020 | 3:20 PM
JALANI GAYA HIDUP SIHAT: Our Tampines Hub (OTH) tawar program tarian kesihatan seperti Zumba dan Piloxing sepanjang tahun.
JALANI GAYA HIDUP SIHAT: Our Tampines Hub (OTH) tawar program tarian kesihatan seperti Zumba dan Piloxing sepanjang tahun. - OTH

ORANG ramai berpeluang menyertai program tarian kesihatan di Our Tampines Hub (OTH) yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Peserta boleh menyertai Zumba (Feburari - April), Piloxing (Julai - September) dan BollyDazz (Oktober - Disember). Program ini akan berlangsung pada Sabtu pertama setiap bulan di gelanggang tenis di The Arena. Sesi tarian kesihatan seterusnya ialah Zumba pada 7 Mac bermula 8.15 pagi. Program tersebut adalah sebahagian daripada usaha OTH untuk menyediakan wadah bagi masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif bagi kehidupan lebih baik. Ia merupakan kerjasama antara OTH dengan Berita Harian, ActiveSG dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA). Selain itu, ActiveSG akan menganjurkan beberapa bengkel pra-sesi yang disampaikan oleh pakar kesihatan dan kesejahteraan bagi peserta mengenai pelbagai topik termasuk pemakanan sihat, menjalani gaya hidup sihat dan menggalak kesihatan mental lebih yang baik. Mereka yang menyertai tiga sesi tarian kesihatan beturut-turut akan menerima baucar Festive Mall bernilai $5.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg