Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program tawar kegiatan pengayaan bagi kanak-kanak flat sewa dilancar

Jan 28, 2023 | 7:06 PM
Encik Desmond Lee (baju merah jambu); Ketua Eksekutif UOL Group, Encik Liam Wee Sin (belakang Encik Lee); Cik Wee Wei Ling (sebelah kiri Encik Lee); dan CEO PPHG, Encik Choe Peng Sum (berkot hitam), bergambar bersama kanak-kanak dan keluarga di bawah skim ComLink semasa pelancaran Program Peningkatan Masyarakat UOL-PPHG hari ini.
Encik Desmond Lee (baju merah jambu); Ketua Eksekutif UOL Group, Encik Liam Wee Sin (belakang Encik Lee); Cik Wee Wei Ling (sebelah kiri Encik Lee); dan CEO PPHG, Encik Choe Peng Sum (berkot hitam), bergambar bersama kanak-kanak dan keluarga di bawah skim ComLink semasa pelancaran Program Peningkatan Masyarakat UOL-PPHG hari ini. - Foto: UOL GROUP

SEBUAH program baru yang menyediakan kegiatan pengayaan dan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat sewa telah dilancarkan hari ini.

Dipanggil Program Peningkatan Masyarakat UOL-PPHG, ia akan menyediakan kegiatan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pembangunan kanak-kanak, seperti panjat batu dan kelas seni dan kraf.

Program itu merupakan sebuah kerjasama antara kumpulan syarikat hartanah dan hospitaliti UOL Group Limited (UOL) dan anak syarikat hotelnya, Pan Pacific Hotels Group (PPHG), dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Ia juga adalah sebahagian daripada usaha di bawah skim ComLink, sebuah inisiatif dilancarkan MSF pada 2019, yang menyediakan sokongan menyeluruh bagi keluarga mempunyai anak yang tinggal di flat sewa untuk membantu mereka mempertingkat keadaan hidup dan menjadi berdikari.

Kegiatan untuk kanak-kanak itu akan diadakan di pelbagai hartanah runcit dan hotel di bawah portfolio UOL dan PPHG, dengan kakitangan mereka akan meluangkan masa menyertai program itu bersama kanak-kanak dan keluarga mereka.

UOL akan menyumbang sekitar $150,000 dalam bentuk barangan dan perkhidmatan bagi program itu sepanjang tiga tahun mendatang dan akan terus menggalak penyewa runcit UOL untuk bekerjasama dan menyediakan kegiatan bagi kanak-kanak tersebut.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang hadir di majlis pelancaran program itu di hotel Parkroyal on Beach Road selaku tetamu terhormat semalam, berkata beliau rasa terdorong dengan komitmen UOL dan PPHG untuk menyokong keluarga dengan anak-anak yang tinggal di flat sewa.

"Dengan memanfaatkan kekuatan mereka, syarikat korporat seperti UOL dan PPHG akan dapat memberi kesan lebih besar dengan bekerja rapat bersama ComLink @ Jurong West.

"ComLink berusaha untuk menyokong keluarga melalui pendekatan lebih proaktif, mengutamakan keluarga dan terselaras, serta dipacu data," kata beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg