Topik diikuti
Pergi ke BHkuProjek 100=50 = diskaun 50%
Premium
Projek 100=50 = diskaun 50%
Usaha bantu penerima bantuan keluarga berpendapatan pertengahan rendah berjimat dengan beli barangan harian pada potongan harga
Projek 100=50 = diskaun 50%
DAPAT BERJIMAT: Dengan adanya Projek 100=50, Cik Nor Raffidah (kiri) berkata keluarganya dapat membeli barangan keperluan harian pada harga lebih murah, sekali gus membolehkan mereka berjimat dan menggunakan wang itu untuk keperluan lain. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Mar 21, 2018 | 5:30 AM
Demi membantu keluarga berpendapatan pertengahan rendah, badan-badan akar umbi Nee Soon Central dan sekumpulan dermawan, relawan dan rakan masyarakat berganding bahu melancarkan Projek 100=50 @ Nee Soon Central tahun lalu. Projek itu membolehkan keluarga benefisiari berjimat semasa berbelanja barangan keperluan harian yang menawarkan diskaun 50 peratus. IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) mengongsi kisah dua keluarga benefisiari yang meraih manfaat daripada projek itu.
SEJAK diperkenalkan kepada Projek 100=50 @ Nee Soon Central tahun lalu, keluarga Cik Nor Raffidah Abdul Rahim dapat menjimatkan lebih banyak wang semasa memberi barangan keperluan hariannya.
