Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek bina sambungan Laluan Circle bermula suku pertama 2018

Apr 12, 2017 | 4:34 PM
Foto fail
Foto fail - The Straits Times

KERJA-KERJA pendahulan untuk projek bagi menyambungkan Laluan MRT Circle dari stesen Harbourfront ke Marina Bay sudah bermula.

Memberi respons kepada pertanyaan media, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam berkata tender bagi kerja-kerja sivil dijangka diberikan akhir tahun ini dan pembinaannya bermula dalam suku pertama tahun depan.

Sambungan laluan sepanjang 4 kilometer itu akan mempunyai tiga stesen - Keppel, Cantonment dan Prince Edward, lapor The Straits Times.

Apabila siap dalam 2025, ia menyempurnakan bulatan Laluan Circle.

Keseluruhan projek itu dijangka menelan belanja $3.7 bilion dengan pemerintah menyatakan dalam buku Belanjawan terkininya bahawa kerja-kerja pendahuluan itu menelan kos $30.6 juta. - ST

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg