Projek CDC North East untuk 100 murid belajar bola, tingkat pendidikan
Premium
Projek CDC North East untuk 100 murid belajar bola, tingkat pendidikan
Feb 20, 2017 | 5:30 AM
DILATIH IKON BOLA SEPAK: Dua beradik, Muhammad Dzulhelmy Muhammad Halil (kanan) dan adiknya, Muhammad Dzulhelfy (dua dari kanan), menyertai program CDC North East dan Akademi Bola Sepak ActiveSG sejak November tahun lalu. Mereka kelihatan menendang bola sepak bersama Mayor CDC North East, Encik Teo Ser Luck (kiri), dan Pengetua Akademi Bola Sepak ActiveSG, Aleksandar Duric (tengah). - Foto KHALID BABA -
SEKITAR 100 kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik di Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East akan mendapat peluang berlatih di bawah bimbingan ikon bola sepak seperti Aleksandar Duric dan Terry Pathmanathan.
CDC North East bekerjasama rapat dengan Akademi Bola Sepak ActiveSG untuk menolong dan membimbing pelajar di bawah program latihan bola sepak ActiveSG dari segi pelajaran.

