Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Projek flat mesra warga emas di Bukit Batok tertangguh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek flat mesra warga emas di Bukit Batok tertangguh

Dec 15, 2023 | 08:02 PM



Pembeli flat perumahan awam mesra warga emas pertama di Singapura di Bukit Batok mengalami kelewatan untuk mendapat flat mereka antara tiga dengan empat bulan.

Ini selepas Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengakhiri perkhidmatan kontraktor utama projek tersebut.

Tarikh siap projek Harmony Village @ Bukit Batok yang terdiri daripada 169 apartmen jagaan masyarakat di blok setinggi 15 tingkat itu seharusnya siap pada suku kedua 2024.

Namun ia kini ditangguh antara September dengan Oktober 2024.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), HDB menyatakan ia telah melantik Qingjian International (South Pacific) Group Development Co untuk mengambil alih projek tersebut daripada kontraktor utama JSM Construction Group pada 14 Februari.


HDB menamatkan perkhidmatan JSM pada 9 Januari disebabkan kemajuan yang tidak memuaskan di tapak binaan.

Walaupun terdapat kelewatan pembinaan akibat pertukaran kontraktor, HDB pada awalnya menjangkakan bahawa garis masa tarikh siap pada suku kedua 2024 mungkin masih dapat dicapai.

Ini dijangkakan melalui kerjasama rapat dengan kontraktor baru serta melaksanakan pelbagai langkah bagi mempercepat binaan.

Ia termasuk penggunaan lebih banyak jentera, pengambilan subkontraktor tambahan, dan melaksanakan kerja yang lebih senyap selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu.

Walaupun kemajuan dicapai dan projek kini berada di peringkat pembinaan lebih lanjut, HDB mengakui bahawa ia tidak dapat memenuhi masa yang telah hilang seperti yang dirancang.

Di samping itu, terdapat kekangan operasi lain yang dihadapi di tapak pembinaan, terutamanya berkaitan dengan waktu bekerja yang terhad untuk kerja-kerja bising berdekatan kawasan perumahan, ujar HDB.

Pembeli flat telah diberitahu mengenai kelewatan projek tersebut pada 8 November.

Walaupun kelewatan itu menyulitkan, HDB memastikan kerja pembinaan dipercepat tanpa mengorbankan mutu dan keselamatan projek.

Projek flat mesra warga emas di Bukit Batok West Avenue 9 dilancarkan pada Februari 2021.

Penduduk perlu melanggan pakej perkhidmatan asas yang termasuk pemantauan kecemasan 24 jam dan pemeriksaan kesihatan asas.

Kumpulan kedua apartmen jagaan masyarakat di Queenstown dijangka siap pada suku keempat 2028, manakala projek ketiga di Bedok dijadualkan siap antara suku keempat 2027 dengan suku pertama 2028.

Julai lalu, HDB menamatkan perkhidmatan kontraktor utama bagi projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol – CKR Contract Services, disebabkan kemajuan tidak memuaskan dan kegagalan berulang kali untuk memenuhi sasaran pembinaan yang diperlukan.

Mereka kemudiannya melantik Qingjian untuk mengambil alih fasa kedua projek Punggol Point Cove pada Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >