Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek HDB tertangguh akibat Covid-19 dijangka siap jelang awal 2025

Jul 16, 2023 | 7:07 PM
TERTANGGUH: Projek HDB yang tertangguh akibat Covid-19 dijangka siap menjelang awal 2025.
TERTANGGUH: Projek HDB yang tertangguh akibat Covid-19 dijangka siap menjelang awal 2025. - Foto fail

Semua projek perumahan awam yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 dijangka siap menjelang awal 2025, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada hari Ahad.

Setakat ini, kira-kira 72 peratus daripada projek Bina Ikut Tempahan (BTO) tertangguh ini – atau 66 pembangunan perumahan – telah siap antara Oktober 2022 dan Jun 2023. Baki 28 peratus projek tertangguh masih dibina, kata HDB.

Antara projek yang siap baru-baru ini ialah Anchorvale Village di Sengkang. Penduduk di dua blok kediaman itu telah dijemput untuk mengambil kunci mereka pada 10 Julai, selepas projek itu siap pada Jun 2023. Ini adalah lima bulan selepas tarikh penyerahan pemilikan asalnya – tarikh kontrak sah yang HDB dikehendaki menyerahkan kunci.

Laporan lanjut di Muka 2

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg