Topik diikuti
Pergi ke BHkuProjek jadikan AMK bandar pejalan kaki, berbasikal bermula
Apabila siap pada 2018, bandar itu akan mempunyai rangkaian laluan berbasikal sepanjang 20 km
1 of 2
Dec 4, 2015 | 5:30 AM
Projek jadikan AMK bandar pejalan kaki, berbasikal bermula
KERJA-KERJA menjadikan estet Ang Mo Kio bandar model berjalan kaki dan berbasikal telah dimulakan, dengan laluan berbasikal baru dijangka siap menjelang separuh pertama tahun depan.
Fasa 1 kerja-kerja ini termasuk jalan berbasikal sekitar Ang Mo Kio Avenue 1, 3 dan 8 yang akan membolehkan penduduk berjalan dan berbasikal dari Kompleks Renang Ang Mo Kio ke stesen MRT Ang Mo Kio.