PROJEK Penglibatan Warga Kampung Glam, yang dijalankan dengan kerjasama Pembangunan Semula Bandar (URA) telah dimuktamadkan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dengan penghasilan buku dan juga pelancaran laman digital yang memetakan dan mendokumenkan 45 perniagaan warisan di Kampong Glam.
Projek perintis itu telah mengumpulkan 47 sukarelawan yang menyahut seruan terbuka untuk mendokumentasikan kisah unik di sebalik perniagaan warisan Kampong Glam dan bagaimana mereka telah menyumbang kepada identiti budaya unik presint itu.
Tetamu kehormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang merasmikan pelancaran itu berkata:
"Penemuan daripada projek itu akan membimbing inisiatif dan perkongsian masa depan dengan komuniti Kampong Glam dan agensi rakan kongsi untuk memelihara identiti dan watak presint dengan lebih baik."
Beliau berharap lebih ramai rakyat Singapura akan mendapat inspirasi daripada cerita yang didokumentasikan dan mempunyai penghargaan baru terhadap perniagaan warisan di Kampong Gelam.
Dalam Draf Perancangan Daerah KGA telah mencadangkan pelbagai kemungkinan inisiatif untuk mengekalkan, mempromosikan dan meraikan masyarakat, budaya dan warisan serta semangat perusahaan di kawasan bersejarah Kampung Glam.
Ini termasuk penganjuran program yang menambah ciri sosiobudaya presint yang kaya, menjalin perkongsian yang kukuh untuk mengatur campuran penyewa yang lebih ideal di presint dan menggalakkan presint kurang-kereta.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg