SPH Logo mobile
Langgan|

Projek kereta api kelajuan tinggi KL-S'pura dibatalkan, M'sia perlu bayar kos pampasan

Pengguna Berdaftar

Projek kereta api kelajuan tinggi KL-S'pura dibatalkan, M'sia perlu bayar kos pampasan

Jan 1, 2021 | 10:04 AM

Projek kereta api kelajuan tinggi KL-S'pura dibatalkan, M'sia perlu bayar kos pampasan

DIBATALKAN: Lakaran artis bagi Terminal Rel Kelajuan Tinggi di Jurong East bagi projek yang kini sudah dibatalkan.
DIBATALKAN: Lakaran artis bagi Terminal Rel Kelajuan Tinggi di Jurong East bagi projek yang kini sudah dibatalkan. - - FOTO: FARRELLS

PROJEK Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah dibatalkan, setelah kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (1 Januari). Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia telah menyarankan beberapa perubahan kepada projek HSR memandangkan kesan Covid-19 kepada ekonomi Malaysia. "Kedua-dua pemerintah telah mengadakan beberapa perbincangan mengenai perubahan itu dan tidak dapat mencapai persetujuan. "Oleh itu, Perjanjian HSR telah luput pada 31 Disember 2020," menurut kenyataan itu. Kenyataan itu juga berkata kedua-dua negara akan mematuhi kewajipan masing-masing, dan akan meneruskan dengan tindakan yang diperlukan, menyusuli pembatalan Perjanjian HSR itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg