Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek perintis kongsi kemudahan bilik bujang harus diselesai sebelum diperluas: Desmond

Jul 5, 2023 | 7:08 PM
KEMUDAHAN DIKONGSI: Kemudahan Berkongsi Bilik Bujang (SRSF) bertujuan menyediakan kemudahan dikongsi bagi golongan bujang berpendapatan rendah.
KEMUDAHAN DIKONGSI: Kemudahan Berkongsi Bilik Bujang (SRSF) bertujuan menyediakan kemudahan dikongsi bagi golongan bujang berpendapatan rendah. - Foto HDB

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata projek perintis Kemudahan Berkongsi Bilik Bujang (SRSF) perlu dibenarkan selesai dahulu sebelum sebarang keputusan untuk memperluasnya dibuat.

Beliau menjawab soalan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) yang bertanya tentang rancangan memperluas SRSF.

Projek perintis itu memanfaatkan 480 individu buat masa ini, kata Encik Lee.

“Tetapi bila ini boleh dipertingkatkan, saya rasa beri peluang untuk projek perintis ini selesai dahulu,” tambahnya.

Kerjasama ekonomi lebih erat S’pura-Johor, S’pura-M’sia disambut baik: Yen Ling

Kerjasama ekonomi lebih erat antara Singapura dengan Johor dan Malaysia disambut baik, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Per-[Ϟ]usahaan), Cik Low Yen Ling.

“Kami mengalu-alukan perbincangan cadangan wilayah ekonomi Johor-Singapura dengan Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Ber-[Ϟ]sama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) ke-16 akan datang,” kata beliau.

JMCIM dijadualkan berlangsung pada 14 Julai 2023 dan akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dan Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Rafizi Ramli.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg