Projek S'pura-China di Guangzhou dipercepat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek S'pura-China di Guangzhou dipercepat

Mar 29, 2023 | 5:55 PM

Projek S'pura-China di Guangzhou dipercepat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SYARIKAT SINGAPURA DI CHINA: (Kiri) Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyaksikan penyampaian oleh salah satu syarikat pemula Singapura, BioSyngen, semasa lawatannya ke Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura.
SYARIKAT SINGAPURA DI CHINA: (Kiri) Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyaksikan penyampaian oleh salah satu syarikat pemula Singapura, BioSyngen, semasa lawatannya ke Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura. - Foto ZAOBAO

SYARIKAT Singapura berkobar-kobar untuk kembali memasuki pasaran China selepas pembukaan semula sempadan pasca Covid-19. Bahkan, ini telah mendorong satu projek pembangunan bersama Singapura-China di Guangzhou untuk mempercepat usaha pengembangannya empat bulan lebih awal. Fasa kedua Taman Bijak China-Singapura, yang memberi tumpuan pada inovasi teknologi dan bandar bijak, dijangka siap menjelang Jun, lebih awal berbanding Oktober seperti yang dijadualkan. Ia ditempatkan dalam Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura, lokasi pertama yang dikunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Selasa, yang juga hari kedua lawatan rasmi beliau ke China. "Terdapat beberapa syarikat Singapura yang didaftar di sini. "Saya gembira mendengar pengalaman mereka tentang bagaimana mereka memanfaatkan ekosistem dalam Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura untuk membangunkan perniagaan mereka dalam sektor seperti digital, agro-pertanian, tenaga mampan dan bioperubatan," ujar Encik Lee menerusi laman Facebooknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg