Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PropNex lancar Monopoly edisi pasaran hartanah

Jan 30, 2021 | 5:30 AM
BELAJAR SAMBIL BERMAIN: Encik Ismail berkata permainan monopoly edisi PropNex ini menerapkan elemen-elemen pasaran hartanah Singapura. - Foto PROPNEX
BELAJAR SAMBIL BERMAIN: Encik Ismail berkata permainan monopoly edisi PropNex ini menerapkan elemen-elemen pasaran hartanah Singapura. - Foto PROPNEX -

SYARIKAT agensi hartanah, PropNex Realty telah melancarkan versi permainan Monopoly yang direka dengan menerapkan elemen pasaran hartanah di Singapura.

Ia juga bertujuan menjadi alat pembelajaran bagi mengajar pemain mengenai pelaburan hartanah dan peningkatan aset melalui hartanah.

"Ia memang menjadi impian saya untuk membawa permainan Monopoly ini kepada keluarga di Singapura. Saya diperkenalkan dengan permainan ini pada usia 10 tahun oleh bapa saya dan permainan ini dimain untuk mengeratkan talian kekeluargaan,'' ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor.

Antara elemen pasaran hartanah setempat termasuk menyusuri langkah meredakan pasaran hartanah di Singapura di samping mempunyai kawasan-kawasan seperti Kawasan Pusat Utama (Core Central Region), Luar Kawasan Utama (Outside Central Region) dan Baki Kawasan Utama (Rest Central Region) yang biasa digunakan dalam pasaran hartanah di sini.

Ia dijual dalam talian dan di kedai pada harga $49.99 tetapi dijual pada harga $42.99 bagi program Rakan PropNex.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg