PEMBELI flat HDB tidak lama lagi boleh menghantar dokumen untuk dinilai bagi pemberian geran dan pinjaman menerusi hanya satu permohonan sahaja, daripada menghantar beberapa permohonan sebelum ini.

Pembeli juga boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman rumah daripada institusi kewangan yang berdaftar secara langsung menerusi portal HDB tanpa perlu menghantar permohonan berasingan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Khamis (4 Mac).

Demikian antara inisiatif baru yang akan diperkenalkan tahun ini untuk memudahkan proses pembelian dan penjualan flat HDB, kata Encik Lee semasa debat belanjawan Kementerian Pembangunan Negara (MND), lapor The Straits Times (ST).