Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PTC semak formula, mekanisme tambang pengangkutan awam

Aug 15, 2022 | 7:07 PM
Foto BH oleh LIM YAOHUI
Foto BH oleh LIM YAOHUI -

MAJLIS Pengangkutan Awam (PTC) telah mula menyemak formula dan mekanisme penyesuaian tambang pengangkutan awam. Semakan sedemikian biasanya dilakukan sekali setiap lima tahun. Ia menyasarkan untuk selesaikan semakan itu menjelang separuh pertama tahun depan dan melaksanakan hasil semakan itu daripada latihan Semakan Tambang tahun depan. Antara lain, syarat panduan bagi semakan itu akan mengambil kira keberkesanan formula dan mekanisme penyesuaian tambang masa kini dengan menimbangkan perubahan pada industri pengangkutan awam dan corak ulang alik. Ia juga akan menimbangkan serta cara terbaik mengekalkan keseimbangan bagi memastikan tambang pengangkutan awam berada dalam kemampuan, dan memastikan kemampanan kewangan sistem pengangkutan awam. Majlis tersebut akan membuat runding cara dan melibatkan mereka yang berkepentingan seperti penumpang, pengendali pengangkutan awam, gerakan buruh dan pakar pengangkutan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg