PUB jemput tender loji penyulingan ke-4, akan dibina di Marina East menjelang 2019

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PUB jemput tender loji penyulingan ke-4, akan dibina di Marina East menjelang 2019

Apr 14, 2016 | 12:51 PM

PUB jemput tender loji penyulingan ke-4, akan dibina di Marina East menjelang 2019

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
 Loji penyulingan pertama Singapura, SingSpring, di Tuas.
Loji penyulingan pertama Singapura, SingSpring, di Tuas. - BLOOMBERG

AGENSI air negara PUB akan menjemput tender pada Jumaat (15 April) bagi pembinaan loji penyulingan keempat Singapura yang akan dibina di Marina East

Loji itu, yang dijangka siap pada 2019, akan menambah kira-kira 30 juta gelen air sehari kepada bekalan air Singapura.

Singapura sekarang mempunyai dua loji penyulingan dengan kapasiti sebanyak 100 juta gelen sehari, yang boleh memenuhi hampir 25 peratus daripada permintaan air semasa. Sebuah kilang ketiga di Tuas dijangka siap pada 2017.

Loji keempat akan mempunyai kemudahan merawat air tawar dari Kolam Air Marina. Seperti loji sedia ada, ia akan dibina di bawah aturan Reka, Bina, Miliki dan Kendali.

Syarikat yang memenangi kontrak itu akan menandatangani perjanjian pembelian air 25 tahun bagi membekalkan air sulingan kepada PUB.

"Meningkatkan kapasiti penyulingan akan mengukuhkan lagi keselamatan air kita dan meningkatkan daya tahan kemarau bekalan air Singapura," kata pengarah dasar dan perancangan PUB, Encik William Yeo.

"Seperti Airbaru, air sulingan tidak bergandung pada hujan dan boleh digunakan untuk menambah sumber lain air kita semasa cuaca kering."

Beliau menambah: "Kita secara progresif mengembangkan penyulingan kita dan kapasiti Airbaru memenuhi hingga 85 peratus keperluan air menjelang 2060."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg