Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PUB, NParks tangkap buaya di Kolam Air Lower Seletar

Feb 24, 2019 | 2:00 PM
BERJAYA DITANGKAP: PUB berkata buaya yang ditangkap itu sepanjang 1.7 meter dan telah dilepaskan ke alam liar.
BERJAYA DITANGKAP: PUB berkata buaya yang ditangkap itu sepanjang 1.7 meter dan telah dilepaskan ke alam liar. - Foto FACEBOOK/PUB

PIHAK berkuasa telah menangkap seekor buaya di Kolam Air Lower Seletar semalam (23 Februari).

Menerusi laman Facebook mereka, agensi air negara PUB berkata mereka berjaya memerangkap reptilia itu dengan bantuan Lembaga Taman Negara (NParks) sekitar 3 pagi.

"Sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan orang awam, kedua-dua agensi akan terus menjalankan rondaan di Kolam Air Lower Seletar minggu depan," ujarnya.

Menurut PUB, buaya jenis Estuarine sepanjang 1.7 meter itu telah dilepaskan ke alam liar.

Menurut laman web NParks, spesies buaya itu, yang juga dikenali sebagai buaya air masin, merupakan antara yang terbesar di dunia dan boleh membesar sehingga lebih 5 meter.

PUB berkata pegawai daripada kedua-dua agensi telah menjalankan rondaan setiap hari dan pantauan pada waktu malam selepas seekor buaya dilihat di kolam air sama pada 14 Februari lalu.

Namun, tidak diketahui sama ada buaya yang ditangkap semalam merupakan buaya yang dilihat minggu lalu.

PUB berkata kolam air itu akan terus ditutup, dengan semua kegiatan air dan memancing dihentikan seketika.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg