PUB siasat sama ada kerja pembinaan punca banjir di simpang Pasir Ris- Tampines
PUB siasat sama ada kerja pembinaan punca banjir di simpang Pasir Ris- Tampines
Agensi air nasional PUB sedang menyiasat sama ada kerja pembinaan merupakan punca banjir di simpang Pasir Ris- Tampines pagi Jumaat (20 Ogos).
Menerusi satu kenyataan di Facebook, PUB berkata Pasukan Respons Pantas dikerah serta merta selepas banjir itu dilaporkan di simpang Tampines Ave 10 dan Pasir Ris Drive 12 ke arah susur masuk TPE sekitar 8 pagi.
"PUB kini sedang menyiasat punca banjir di simpang Pasir-Ris Tampines untuk melihat sama ada kerja pembinaan di kawasan itu telah menjejas longkang atau menghalang aliran air hujan, kerana ia bukan kawasan rendah atau kawasan di mana banjir biasa melanda," katanya.
Keadaan kembali seperti biasa sekitar 9.40 pagi.
Menurut laporan The Straits Times, longkang di tepi jalan kini sedang disiasat.

