Topik diikuti
Pergi ke BHkuPukul pekerja pembersihan warga senja, lelaki 60 tahun dihukum penjara sembilan minggu
Pukul pekerja pembersihan warga senja, lelaki 60 tahun dihukum penjara sembilan minggu
Pukul pekerja pembersihan warga senja, lelaki 60 tahun dihukum penjara sembilan minggu
BERANG selepas seorang pekerja pembersihan warga emas memberitahunya bahawa dia tidak boleh duduk di kawasan yang dikhususkan untuk pemandu bas, seorang lelaki mengambil tindakan menyerang pekerja tersebut.
Mangsa yang berusia 74 tahun mengalami kecederaan di bahagian pipi dan pendarahan dari mulut. Gigi palsu mangsa juga pecah akibat pukulan tersebut.
Lim Tin Soon, 60 tahun, dijatuhi hukuman penjara sembilan minggu pada Selasa (11 Jan) selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela.
Mahkamah diberitahu bahawa Lim, seorang warga Singapura, tidak dapat mencari tempat duduk untuk bersarapan di kantin di Pusat Pertukaran Bas Punggol pada 23 Disember 2020.
Dia kemudiannya duduk di kawasan yang dikhaskan untuk pemandu bas menjamu selera.
Apabila pekerja pembersihan itu memberitahu bahawa dia tidak boleh makan di situ, Lim naik berang dan bertindak agresif dengan memukul mangsa.
Lim turut membaling dulang makanannya ke lantai.
Timbalan Pendakwa Raya Bryont Chin memberitahu mahkamah:
"Pukulannya sangat kuat sehingga mangsa dengan serta-merta jatuh terlentang dan hanya mampu bangun dengan bantuan."
Mangsa dibawa ke Hospital Besar Sengkang dan diberi cuti perubatan tujuh hari.
Lim telah membayar balik sepenuhnya perbelanjaan perubatan mangsa, yang menelan belanja sekitar $145.
Meminta agar Lim diberi hukuman penjara 10 hingga 12 minggu, DPP Chin berkata Lim telah dengan berani menyerang mangsa di tempat awam.
"Mangsa, yang merupakan seorang warga emas yang lemah, tidak memberikan provokasi kepadanya dan hanya menjalankan tugasnya."