Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pulau Lazarus boleh jadi 'ekobilik darjah' sambil pupuk pelancongan

Mar 11, 2023 | 5:30 AM
67ab754b-d17c-44fb-9188-89f5c96e2919
-

KUMPULAN alam sekitar berkata Pulau Lazarus mempunyai potensi menjadi model bagi ekopelancongan jika pembangunan baru terus dipimpin oleh garis panduan bagi perlindungan dan pemahaman alam semula jadi.

Ini akan memerlukan pemaju terus bekerjasama rapat dengan masyarakat alam semula jadi untuk mengurangkan kemudaratan ke atas alam sekitar dan juga memastikan aktiviti yang dirancang untuk pulau itu mempunyai komponen pendidikan.

Kumpulan-kumpulan itu berkata demikian semasa memberi reaksi terhadap lima 'rumah kecil' yang akan disediakan untuk tempahan di pulau itu.

Pulau Lazarus sebuah pulau kecil dalam kalangan pulau-pulau selatan Singapura yang terkenal dengan pantai yang tenang dan indah dengan pasir putih yang bersih dan perairan yang jernih.

Ia dihubungkan dengan Pulau St John melalui sebuah tambak dan terdapat feri harian dari Marina South Pier ke Pulau St John antara 9 pagi dengan 6 petang.

Pulau St John juga merupakan tapak beberapa kemudahan akuakultur dan penyelidikan marin, seperti Makmal Marin Nasional Pulau St John (SJINML), yang diuruskan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS).

Cik Sam Shu Qin, pengasas bersama pertubuhan tidak mencari untung Our Singapore Reef, berkata kepada The Straits Times: "Sedang tanah menjadi lebih sukar didapati, lokasi seperti St John dan Lazarus, yang dahulunya digunakan untuk penyelidikan, boleh menjadi tempat pelbagai guna.

"Namun, tapak baru ini boleh menjadi satu ujian untuk melihat apakah kita boleh menguruskan pembangunan sedemikian sambil menjaga alam sekitar."

Beliau menambah: "Jika kumpulan alam semula jadi dapat bekerja rapat dengan pemaju untuk melakukan demikian secara teliti, tempat ini boleh menjadi contoh untuk ekopelancongan, dan boleh memberi masyarakat alam semula jadi keyakinan bahawa pembangunan dan pemuliharaan boleh wujud bersama di Singapura."

Walaupun beliau mengalu-alukan bentuk penginapan kurang mengganggu seperti rumah mini dan perkhemahan, Encik Stephen Beng, pengerusi Friends of Marine Park, berkata usaha jangkauan dan pendidikan lain untuk mengukuhkan "budaya pemuliharaan" dalam kalangan pengunjung diperlukan.

Beliau berkata program untuk pulau harus mempunyai komponen pendidikan mengajar peserta cara berinteraksi dengan alam semula jadi secara bertimbang rasa dan positif.

"Yang kami inginkan ialah bagaimana menunjukkan contoh cara bertanggungjawab melindungi alam semula jadi melalui apa jua aktiviti yang kita nikmati... Harapannya ialah aktiviti-aktiviti ini boleh menjadi 'ekobilik darjah' yang baik mengenai cara berseronok sambil menjaga alam sekitar."

Dr Jani Tanzil, zamil penyelidik kanan dan timbalan pengarah kemudahan SJINML, berterima kasih SDC melibatkan pihak berkepentingan terdalam projek rumah kecil bagi Pulau Lazarus, untuk mengurangkan kesan pembinaan terhadap alam sekitar.

Beliau menambah: "Saya berharap, bergerak ke hadapan, mereka juga mengambil kira maklum balas daripada masyarakat untuk mengukuhkan rancangan pengurusan sampah, kumbahan - daripada kedua-duanya, pengunjung pulau dan kapal layar yang beriada ke kawasan itu - dan pengurusan keselamatan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg