Pulih di rumah pilihan terbaik bagi yang sudah vaksin dan alami simptom ringan: PM Lee

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pulih di rumah pilihan terbaik bagi yang sudah vaksin dan alami simptom ringan: PM Lee

Sep 25, 2021 | 8:27 PM

Pulih di rumah pilihan terbaik bagi yang sudah vaksin dan alami simptom ringan: PM Lee

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

PEMULIHAN di rumah ialah pilihan terbaik bagi orang sudah divaksin yang dijangkiti Covid-19 dan mengalami simptom sederhana atau tiada simptom, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

"Kebanyakan orang divaksin yang dijangkiti Covid-19 akan mempunyai simptom ringan atau tiada simptom.

"Jika anda salah seorang daripadanya, pemulihan di rumah ialah pilihan terbaik. Anda juga akan membantu hospital kami daripada dibebani dengan lonjakan kes Covid-19," kata Encik Lee dalam satu kiriman di Facebook pada Sabtu (25 Sep).

Beliau juga akur terdapat kelewatan menghubungi individu positif sejauh ini, dan ramai yang anggota keluarga positif prihatin.

"MOH sedang bertugas sepanjang masa untuk mengatasi kes tertunggak. Kami sudah membuat kemajuan, dan kami akan melaluinya bersama," kata Encik Lee.

Dalam pos itu, beliau turut mengongsi panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai Pemulihan di Rumah, yang menjelaskan siapa yang layak, apa yang perlu dilakukan pesakit, dan bagaimana pesakit akan dibantu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pemulihan di Rumah di laman http://go.gov.sg/HRP-for- patients.

Ikuti grafik Berita Harian mengenai 10 Langkah Penting Bila Anda Diuji Positif Covid-19: https://www.facebook.com/ BeritaHarianSG/posts/ 4352308848191828

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg