SEBUAH Pusat Kecemerlangan bagi Teknologi Infokom (ICT) dan Sistem Bijak, dengan kepakaran dalam bidang seperti sains data, kecerdasan buatan (AI), Internet of Things dan keselamatan siber, akan ditubuhkan dalam usaha memperdalami keupayaan teknikal.

Menteri Ehwal Luar dan Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pusat itu akan membolehkan Singapura mengikuti teknologi yang pesat berkembang dan mempunyai keupayaan lebih luas untuk berinovasi.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti