Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat baru tangani ancaman pengganasan

Jun 30, 2019 | 6:15 PM
USAHA TANGANI PENGGANASAN: Askar Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) SAF semasa satu sesi mempamerkan keupayaan mereka. Sebuah Pusat Perintah Operasi Khas (SOCC) bakal ditubuhkan bagi membolehkan SOTF menjalankan operasi perintah dan kawalan dalam kejadian pelbagai serangan di pelbagai tempat.
USAHA TANGANI PENGGANASAN: Askar Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) SAF semasa satu sesi mempamerkan keupayaan mereka. Sebuah Pusat Perintah Operasi Khas (SOCC) bakal ditubuhkan bagi membolehkan SOTF menjalankan operasi perintah dan kawalan dalam kejadian pelbagai serangan di pelbagai tempat. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SEBUAH pusat perintah baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan ditubuhkan menjelang hujung tahun ini sedang Singapura terus bersedia menghadapi peralihan titik tumpuan serangan pengganas dari Timur Tengah ke rantau ini.

Berkata demikian dalam satu wawancara dengan media menjelang Hari SAF yang jatuh pada 1 Julai esok, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata pusat itu akan membolehkan Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) menjalankan operasi perintah dan kawalan dalam kejadian pelbagai serangan di pelbagai tempat.

Dinamakan Pusat Perintah Operasi Khas (SOCC), ia akan terletak di Kem Hendon di Old Pier Road.

Dr Ng turut menarik perhatian bahawa Singapura menjadi antara tempat tumpuan sedang titik tumpuan serangan pengganas itu beralih dari Iraq dan Syria ke tempat lain.

Oleh itu, beliau berkata Singapura harus menangani ancaman itu dan bersiap sedia menghadapinya.

Bagi SAF, ini bermakna tumpuan lebih besar pada latihan dan SAF juga sedang berusaha membentuk semula unit memerangi pengganasan mereka.

Malah, lebih ramai askar sedang dilatih dan diberi pendedahan, katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg