Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat dialisis baru rasmi dibuka di Admiralty

May 6, 2018 | 5:13 PM
PUSAT DIALISIS BARU: Encik Khaw bercakap dengan seorang pesakit, Encik Mohamad Nizam Mohamad Dorah, yang mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis The Hour Glass-NKF di Admiralty yang dirasmikan hari ini (6 Mei).
PUSAT DIALISIS BARU: Encik Khaw bercakap dengan seorang pesakit, Encik Mohamad Nizam Mohamad Dorah, yang mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis The Hour Glass-NKF di Admiralty yang dirasmikan hari ini (6 Mei). - Foto LIANHE ZAOBAO

PEMINDAHAN ginjal daripada penderma yang masih hidup akan lebih diperlukan pada masa akan datang, memandangkan penduduk Singapura sedang menua dengan pesat dan lebih ramai penderma yang sudah meninggal dunia didapati tidak sesuai bagi pengambilan organ disebabkan isu kesihatan si mati.

Bagaimanapun, ramai orang teragak-agak menderma ginjal mereka disebabkan beberapa salah tanggapan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Encik Tim Oei.

"Antaranya, mereka risau tentang kesan perubatan dan ada yang khuatir tidak dapat terus bekerja selepas menderma ginjal.

"NKF berada di sini untuk menyokong mereka. NKF ada dana yang diketepikan untuk membantu penderma menampung kos perubatan dan kehilangan pendapatan," katanya ketika ditemui media di pembukaan rasmi cawangan Admiralty Pusat Dialisis The Hour Glass-NKF hari ini (6 Mei).

Dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, pusat dialisis yang mula beroperasi September lalu itu dilengkapi dengan 19 stesen dialisis yang boleh dimanfaatkan oleh 114 pesakit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg