Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat dialisis NKF dibuka di Bedok North bagi penuhi permintaan

May 15, 2023 | 5:30 AM
LANCAR PUSAT DIALISIS BARU: Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Cheryl Chan Wei Ling (kiri) berinteraksi dengan salah seorang pesakit dialisis, Encik Mohamed Hiswady, pada pembukaan rasmi pusat dialisis baru NKF di Bedok North Avenue 4. - Foto NKF
LANCAR PUSAT DIALISIS BARU: Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Cheryl Chan Wei Ling (kiri) berinteraksi dengan salah seorang pesakit dialisis, Encik Mohamed Hiswady, pada pembukaan rasmi pusat dialisis baru NKF di Bedok North Avenue 4. - Foto NKF -

DEMI memenuhi permintaan tinggi rawatan dialisis di kawasan timur Singapura, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) membuka pusat dialisisnya yang keenam di kawasan itu.

Terletak di Bedok North Avenue 4, pusat baru ini disokong oleh kuil Buddha Man Fatt Lam.

Merasmikan pembukaan pusat itu pada Ahad ialah Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Cheryl Chan Wei Ling.

Pengerusi NKF, Encik Arthur Lang berkata:

"Seiring dengan peningkatan kes kegagalan buah pinggang, kita melihat permintaan yang tinggi untuk dialisis di serata negara, terutamanya di Timur.

"Pusat dialisis terakhir NKF yang dibina di sini adalah hampir 11 tahun lalu pada 2012.

"Maka itu, saya gembira kerana penubuhan pusat ini pada tepat masa, dapat membantu mengurangkan permintaan bantuan yang tinggi."

Bagi wakil Kuil Buddha Man Fatt Lam, Encik Enoch Peh berkata sokongan dan bantuan diberikan tanpa teragak-agak untuk pembinaan pusat dialisis terbaru itu.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan NKF. Memberi penjagaan, kasih sayang kepada masyarakat dan mengurangkan kesakitan daripada golongan orang yang kami membantu sentiasa menjadi misi kami," kata Encik Peh.

Selain tambahan kemudahan kepada kejiranan di Fengshan, pusat dialisis tersebut juga telah diberikan keutamaan untuk membina tempat teduh antara Blok 102 dan 105 Bedok North Avenue 4 agar pesakit lebih terlindung dari cuaca semasa perjalanan ke pusat itu.

"Keselamatan dan kesejahteraan penduduk, terutama mereka yang mengalami masalah kesihatan, amat penting bagi kita.

"Oleh itu, adalah penting kita mengutamakan pembinaan tempat perlindungan ini, memastikan bahawa pesakit dilindungi dengan baik semasa hari hujan untuk mengurangkan risiko tergelincir lalu terjatuh.

"Sebagai rakan kongsi utama Kawasan Undi Fengshan, kami gembira dapat bekerja rapat bersama NKF untuk menjaga kesihatan penduduk dan meningkatkan kesedaran kesihatan buah pinggang," ujar Cik Chan.

Salah seorang pesakit, Encik Mohamed Hiswady, 43 tahun, yang dirawat di pusat dialisis baru itu berkata: "Saya amat gembira NKF sentiasa menyokong dan menjaga kesejahteraan kami."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg