SATU pusat kajian baru yang akan memberi tumpuan kepada bagaimana alam sekitar dapat digunakan bagi menangani perubahan iklim akan ditubuhkan menjelang akhir tahun ini di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Langkah itu juga mencerminkan minat Singapura menyertai usaha sejagat mencari penyelesaian bagi perubahan iklim berasaskan alam semula jadi, lapor The Straits Times (ST).