Premium
Pusat Kebapaan bakal sedia Sekolah Bapa
Sep 8, 2020 | 5:30 AM
"Saya akur sentuhan seorang ibu dalam membesarkan anak memanglah amat istimewa, namun bimbingan dan kasih sayang oleh kaum bapa juga tidak boleh diketepikan. Seorang anak yang dididik dengan penuh kasih sayang atau mempunyai seorang bapa sebagai contoh teladan akan menjadi seorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil dan juga pemikiran yang lebih seimbang." - Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. -
TIDAK dapat dinafikan bahawa tanggungjawab ibu dalam membesarkan anak memang penting, namun bimbingan dan kasih sayang oleh kaum bapa, selain mencari nafkah, juga tidak boleh diketepikan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Beliau berkata demikian semalam, sempena pelancaran Bulan Kebapaan yang ketiga anjuran Pusat Kebapaan (CFF) khas untuk masyarakat Melayu/Islam kelmarin.

