Pusat Kerja Bijak dibuka di Perpustakaan Tampines tahun depan
Premium
Pusat Kerja Bijak dibuka di Perpustakaan Tampines tahun depan
Oct 21, 2016 | 5:30 AM

RUANG KERJA ALTERNATIF: Dr Yaacob (ketiga dari kanan) melawat ruang 'Workwander' iaitu aplikasi yang membolehkan individu dan perniagaan mencari dan mendapatkan ruang kerja alternatif dengan mudah. Bersamanya ialah (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Trehaus, Cik Rachel Teo; Timbalan Pengarah IMDA, Cik Lee Chein Inn; Penolong Ketua Eksekutif IMDA, Encik Khoong Hock Yun; dan Pengasas 'Workwander', Encik Melverick Ng (kanan). - Foto ZAOBAO -
SEKTOR perniagaan perlu memahami bahawa struktur tenaga kerja dan keperluan individu telah merubah landskap pekerjaan hari ini.
Justeru, setiap syarikat harus bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan ini agar mereka dapat terus memaksimumkan produktiviti.

