LEBIH 14,000 rakyat Singapura berjaya dipadankan dengan pekerjaan menerusi bantuan di pusat kerjaya Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) tahun lalu.

Jumlah itu bagaimanapun tidak merangkumi penempatan pekerjaan yang diraih melalui sokongan pembimbing kerjaya yang membantu individu yang mencari pekerjaan menerusi skim dan platform sedia ada, seperti Jobs Bank, kata WSG.