Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat kerjaya bantu individu cari kerja, mungkin ditubuh di kesemua 24 bandar S'pura, kata Josephine Teo

Jun 4, 2020 | 9:08 PM
Pemerintah menyasarkan untuk membangunkan pusat kerjaya satelit di kesemua bandar Lembaga Perumahan. - FOTO: CHONG JUN LIANG
Pemerintah menyasarkan untuk membangunkan pusat kerjaya satelit di kesemua bandar Lembaga Perumahan. - FOTO: CHONG JUN LIANG -

SINGAPURA akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membuka laluan kerjaya serta peluang baru untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan, kata Menteri Tenaga Manusia Cik Josephine Teo pada Khamis (4 June).

Untuk membantu individu mencari laluan pekerjaan yang sesuai buat mereka, Pemerintah telah menyasarkan agar ia membangunkan pusat kerjaya satelit di kesemua bandar Lembaga Perumahan, tambahnya.

Namun beliau tidak memberikan perincian lanjut setelah beliau berkata demikian ketika di Parlimen, lapor The Straits Times.

Sehingga kini, terdapat lima pusat kerjaya di serata Singapura termasuk perkongsian dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Pejabat Perkhidmatan Sosial, majlis pertubuhan masyarakat dan kumpulan bantu diri.

"Kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membuka laluan baru bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dan memberi pembibingan kepada mereka dengan sebaiknya," kata Cik Teo yang berucap sewaktu bahas Rang Undang-undang Bekalan Susulan Kedua untuk membiayai Belanjawan Kecekalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg