Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Khidmat Keluarga PPIS sedia membantu keluarga kurang bernasib baik

Apr 23, 2021 | 5:30 AM
KELUARGA BAHAGIA: Kebahagiaan anak-anak adalah matlamat utama setiap ibu. Pendidikan yang bermutu masih boleh dicapai untuk anak-anak bagi ibu yang kurang bernasib baik. - Foto hiasan PPIS
KELUARGA BAHAGIA: Kebahagiaan anak-anak adalah matlamat utama setiap ibu. Pendidikan yang bermutu masih boleh dicapai untuk anak-anak bagi ibu yang kurang bernasib baik. - Foto hiasan PPIS -

SEBAGAI seorang ibu, fokus utama Cik Latifah (bukan nama sebenar) adalah untuk menjaga anak- anaknya, dan melindungi mereka dari sebarang bahaya.

Namun, beliau tidak pernah membayangkan bahawa beliau harus melindungi mereka daripada suaminya, yang juga bapa kepada anak-anak tersebut.

Selama lima tahun berumahtangga, Cik Latifah dikurniakan dua orang anak dengan suaminya.

Namun sepanjang perkahwinan mereka, terdapat keretakan sejak awal lagi.

Malah, suaminya mula menderanya secara fizikal, bahkan melakukannya di hadapan anak-anak mereka.

Kedua-dua anak mereka, Haikal dan Farah (bukan nama sebenar), yang berusia lima dan 10 tahun, sering menangis ketika menyaksikan ibu mereka didera oleh ayah mereka sendiri.

Ketika itu, Cik Latifah merasakan bahawa beliau tidak dapat memberitahu sesiapapun tentang apa yang sedang berlaku dalam rumah tangganya.

Walaupun beliau berhasrat untuk berpisah daripada suaminya, beliau tidak sanggup melakukannya.

Oleh itu, beliau meminta bantuan daripada Pusat Khidmat Keluarga Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Pekerja sosial PPIS turut memberikan sokongan emosi kepada Cik Latifah, dan membimbingnya mengenai langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil.

Beliau juga memperolehi bantuan kewangan dari Pusat Khidmat Keluarga PPIS.

Dengan bantuan tersebut, Cik Latifah dapat mengasuh anak-anaknya dengan lebih baik.

Kini beliau tinggal di rumah sewa bersama kedua-dua anaknya dan telah berpisah daripada suaminya.

Lebih penting lagi, anak-anaknya tidak hanya selamat, tetapi juga mendapat peluang pendidikan yang bermutu untuk mencapai potensi mereka.

Walaupun beliau menghadapi banyak cabaran hidup, Cik Latifah sanggup mengharungi dan atasinya demi anak-anak beliau.

Dengan bantuan Pusat Khidmat Keluarga PPIS, Puan Latifah selangkah lebih dekat untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anaknya.

PPIS membantu wanita dan keluarga mereka dalam setiap fasa kehidupan.

Melalui perkhidmatan keluarga, PPIS menyediakan ruang selamat untuk keluarga yadng kurang bernasib baik, dan ini termasuk memberi sokongan kepada anak-anak seperti Haikal dan Farah.

Melalui perkhidmatan keluarga, PPIS menyediakan ruang selamat untuk keluarga yang kurang bernasib baik, dan ini termasuk memberi sokongan kepada anak-anak.

IKHLAS MENYUMBANG

Sumbangan anda hari ini bakal menerangi masa depan mereka. Derma melalui giving.sg/ppis untuk sinari kehidupan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg