Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat khidmat urusan hartanah, imigresen, CPF kembali beroperasi mulai 2 Jun; kebanyakan lain masih ditutup

May 25, 2020 | 4:15 PM
Demi pelindungan kesihatan dan keselamatan serta mengurangkan interaksi antara masyarakat, kebanyakan kemudahan serta pusat perkhidmatan lain akan terus ditutup pada fasa sesudah pemutus litar. - FOTO: KELVIN CHNG
Demi pelindungan kesihatan dan keselamatan serta mengurangkan interaksi antara masyarakat, kebanyakan kemudahan serta pusat perkhidmatan lain akan terus ditutup pada fasa sesudah pemutus litar. - FOTO: KELVIN CHNG -

SEBILANGAN pusat perkhidmatan pemerintah akan beroperasi semula pada 2 Jun ini, namun ia akan dilakukan secara terkawal dan terhad, seperti menerusi aturan janji temu, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Isnin (25 Mei).

Antara khidmat awam yang akan mula beroperasi pada fasa pertama sesudah tempoh pemutus litar ini mencakupi khidmat berkaitan urusan rumah dan hartanah, imigresen dan pendaftaran, dan bagi urusan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta cukai.

Mahkamah setempat turut akan sambung semula pengendalian kes dan pendengaran boleh dilaksanakan menerusi teknologi perhubungan tanpa hadir secara fizikal di mahkamah jika ia lebih sesuai dilaksanakan sedemikian.

Namun, demi pelindungan kesihatan dan keselamatan serta mengurangkan interaksi antara masyarakat, kebanyakan kemudahan serta pusat perkhidmatan lain akan terus ditutup pada fasa pertama nanti, kata PSD dalam kenyataanya.

Kemudahan sosial, sukan dan seni perkhidmatan awam seperti perpustakaan, balai rakyat (CC), pusat Jawatankuasa Penduduk (RC), galeri dan tempat persembahan seni serta kemudahan SportSG akan terus ditutup.

PSD menjelaskan bahawa, mereka yang ingin memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan atau menetapkan semula kata laluan SingPass masih boleh berbuat demikian di beberapa CC yang tertentu.

Tambahan lagi, kemudahan sukan, latihan kecerdasan jasmani dan rekreasi seperti, pantai-pantai setempat, taman permainan, kemudahan bagi anjing pemeliharaan, pit barbeku, kawasan perkhemahan dan kemudahan bagi menganjur acara seperti taman, dan kawasan luar turut ditutup.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg