Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Kulit Nasional baru jadi pusat sehenti, dilengkapi aneka kemudahan

Oct 25, 2023 | 7:22 PM
PERKHIDMATAN DIPERTINGKAT: Pusat Kulit Nasional (NSC) baru  dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan yang dipertingkat, menjadikan ia sebagai pusat sehenti bagi pesakit.
PERKHIDMATAN DIPERTINGKAT: Pusat Kulit Nasional (NSC) baru dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan yang dipertingkat, menjadikan ia sebagai pusat sehenti bagi pesakit. - Foto ZAOBAO

Pusat Kulit Nasional (NSC) baru dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang membolehkannya bertindak sebagai sebuah pusat sehenti bagi pesakit yang memerlukan terapi atau rawatan intravena tanpa perlu pergi ke hospital.

Ini memudahkan pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat itu selain mempertingkat kecekapan penjagaan serta membantu mengurangkan penggunaan katil di hospital akut.

Berucap semasa perasmian bangunan baru di Mandalay Road itu pada Rabu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata NSC baru itu juga menyediakan latihan dermatologi (cabang perubatan berkaitan kulit) dipertingkat di pelbagai peringkat, daripada sarjana muda hingga possiswazah.

Di bawah SG Lebih Sihat, doktor penjagaan asas juga memainkan peranan semakin meningkat dalam menguruskan keadaan kulit.

NSC akan melatih doktor penjagaan asas melalui program diploma siswazah dermatologi amalan keluarga, untuk lebih menyokong keperluan penjagaan kulit rakyat Singapura.

Encik Ong berkata masalah kulit yang berleluasa akan terus meningkat dan terdapat dua trend utama yang menyebabkannya – penuaan dan pemanasan global.

Di samping latihan dermatologi dipertingkat di pelbagai peringkat, terdapat beberapa peningkatan lain yang dilakukan.

Ini termasuk memperluas infrastruktur, penggunaan tele-perubatan lebih baik, usaha penyelidikan berterusan dalam dermatologi serta penekanan berterusan pada penjagaan pencegahan.

NSC baru mempunyai 69 bilik perundingan, daripada 40 di premis lama. Peluasan itu adalah untuk memudahkan perjalanan dan pengalaman pesakit serta penjagaan pelbagai disiplin.

Penggunaan tele-perubatan yang lebih baik, seperti perkhidmatan tele-dermatologi NSC, ataupun Tele-Derm, yang dirintis dengan kerjasama Poliklinik Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) pada 2016, juga akan dilakukan.

Tele-Derm membantu menghubungkan doktor poliklinik dengan pakar dermatologi dari jauh dan dengan pantas, meningkatkan penjagaan pesakit, dan mengelak rujukan yang tidak perlu kepada NSC.

NSC juga telah melanjutkan tele-perundingan kepada lebih ramai pesakit, terutamanya yang sudah tua, lemah dan tidak dapat bergerak.

Hingga Ogos lalu, NSC menangani hampir 4,000 kes melalui perkhidmatan tele-dermatologinya, kata Encik Ong.

Pusat baru itu juga berada dalam kedudukan baik untuk menjalankan penyelidikan yang bermakna membolehkan usaha penyelidikan dalam bidang dermatologi.

Menurut Encik Ong, NSC telah mengenal pasti bidang keutamaan untuk penyelidikan, seperti ekzema, kronik penyakit kulit radang dan barah kulit, yang sangat relevan dengan warga tua.

“NSC adalah salah satu daripada beberapa pusat kepakaran negara di Singapura yang membantu menyokong keperluan penjagaan kesihatan penduduk kita.

“Dengan menubuhkan pusat-pusat ini, kami menumpukan usaha kami, dan menyatukan sumber dan kepakaran untuk membina pusat kecemerlangan yang boleh memberi perkhidmatan kepada keseluruhan ekosistem penjagaan kesihatan,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg