PUSAT penjaja East Coast Lagoon Food Village akan ditutup selama tiga bulan mulai November bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan dan naik taraf (R&R).

Kerja yang akan dilakukan dari 2 November hingga 1 Februari itu termasuk mengecat semula tempat makan di Pantai East Coast tersebut, mengganti kerusi dan meja, serta menukar lampu dan kipas, kata Agensi Sekitaran Nasional (NEA) kepada Berita Harian.