PUSAT Makanan Ayer Rajah yang popular di 503 West Coast Drive kini dibuka semula setelah ditutup tiga bulan untuk kerja-kerja naik taraf.
Pelanggan dan pemilik gerai mengalu-alukan penampilan baru dan kerja pembaikan yang dilaksanakan untuk menjadikan pusat itu lebih selesa.
Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, yang juga Ahli Parlimen GRC West Coast berkata: "Pusat Makanan Ayer Rajah adalah tempat makanan ikonik yang digemari penduduk West Coast serta penggemar makanan lain.
"Pembukaan semula pusat makanan itu ditunggu-tunggu ramai setelah tiga bulan dinaik taraf.
"Saya menjemput semua penduduk dan penggemar makan untuk menyertai saya dalam menyokong penjaja kami dan menikmati hidangan lazat mereka."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg