Pusat makanan dan pasar Haig Road, Chong Pang ditutup sehingga 4 Ogos selepas 35 kes Covid-19 dikesan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat makanan dan pasar Haig Road, Chong Pang ditutup sehingga 4 Ogos selepas 35 kes Covid-19 dikesan

Jul 21, 2021 | 7:45 AM

Pusat makanan dan pasar Haig Road, Chong Pang ditutup sehingga 4 Ogos selepas 35 kes Covid-19 dikesan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
(kiri) Pusat makanan dan pasar Haig Road, dan (kanan) Pasar Chong Pang ditutup sehingga 4 Ogos selepas 35 kes Covid-19 dikesan.
(kiri) Pusat makanan dan pasar Haig Road, dan (kanan) Pasar Chong Pang ditutup sehingga 4 Ogos selepas 35 kes Covid-19 dikesan. - LIM YAOHUI, ZAOBAO

Dua lagi pasar dan pusat makanan akan ditutup selepas 35 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mereka yang bekerja atau melawat tempat-tempat itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia telah mengesan 25 kes di Pusat Makanan dan Pasar Haig Road serta 10 kes di Pasar Chong Pang.

Kededua tempat itu akan ditutup kepada orang awam mulai Rabu (21 Julai) hingga 4 Ogos bagi menyekat penyebaran jangkitan dan menjalankan pembersihan premis yang menyeluruh.

Awal dari itu, MOH mengumumkan yang Pusat Makanan dan Pasar Chong Boon telah ditutup dari 18 Julai hingga 1 Ogos. Semua individu yang bekerja di pusat itu sudah dikenakan kuarantin dan diuji semasa kuarantin,

Pihak berkuasa juga menawarkan pengujian Covid-19 percuma kepada orang awam yang melawat tempat tersebut di antara 3 Julai degan 17 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg