Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat PCF Sparkletots akan amalkan kurikulum teknologi, inovasi bangun pemikiran kritikal murid

Jan 12, 2022 | 5:30 AM
CIPTAAN SENDIRI : Ahmad Faris Ahmad Jamal mencipta baju pelindung bagi mengelakkan bajunya daripada kotor dan mempunyai pelan menjualnya. Ini merupakan hasil daripada program Stemie yang dilaksanakan PCF Sparkletots. - Foto PCF SPARKLETOTS
CIPTAAN SENDIRI : Ahmad Faris Ahmad Jamal mencipta baju pelindung bagi mengelakkan bajunya daripada kotor dan mempunyai pelan menjualnya. Ini merupakan hasil daripada program Stemie yang dilaksanakan PCF Sparkletots. - Foto PCF SPARKLETOTS -

KESEMUA 320 pusat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots yang menawarkan khidmat tadika akan secara progresif mengamalkan satu tambahan baru kepada kurikulum mereka sepanjang tiga tahun mendatang.

Kurikulum tambahan itu akan membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran pemikiran kritikal selain mendapatkan huraian bagi masalah harian.

Pelajaran Stemie (sains, teknologi, kejuruteraan, matematik, ciptaan dan keusahawanan) mula dirintis di 12 prasekolah PCF Sparkletots pada 2018 dan kemudian dilaksanakan di sejumlah 61 pusat sejak itu.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, mengumumkan pelaksanaan Stemie itu kepada 320 Tadika PCF semasa satu pameran dalam talian semalam.

Pameran itu menampilkan ciptaan yang dibuat kanak-kanak daripada beberapa pusat yang telahpun mula menerapkan Stemie dalam kurikulum mereka.

Kanak-kanak itu telah menerangkan tentang ciptaan mereka di Pameran Sedia-Masa Depan.

"Kita mungkin akan fikir konsep Stemie itu terlalu rumit difahami kanak-kanak prasekolah.

"Tetapi saya amat berbangga mengongsi bersama anda apa yang telah kanak-kanak Sparkletots kita raih, di bawah bimbingan guru yang baik hati dan penyabar," ujar Cik Teo.

Antara kanak-kanak yang mengongsi ciptaan mereka ialah Ahmad Firas Ahmad Jamal, enam tahun.

Firas yang bajunya kerap kali kotor, telah mencipta baju pelindung yang dapat disarungnya bagi mengelakkan bajunya menjadi kotor.

Gurunya juga telah membantunya menjahit baju pelindung itu yang mudah dipakai dan dibuka.

Dia mempunyai rancangan menjualnya pada harga $3 kerana mahukan ia lebih dimampui.

Timbalan pengarah bagi pembangunan profesional dan pendidikan di PCF, Cik Angela Yang, berkata Pameran Sedia-Masa Depan itu menawarkan peluang baik untuk kanak-kanak menonjolkan kerja keras dan kreativiti mereka.

"Ia juga merupakan platform yang baik bagi kanak-kanak daripada pusat yang berbeza untuk bersatu mengongsi idea mereka dan mempelajari daripada satu sama lain.

"Kami juga berharap ia akan membantu menyuntik keyakinan pada diri kanak-kanak ini apabila mereka mengongsi idea kepada orang awam," tambahnya.

Orang awam boleh mengunjungi laman mikro rasmi menerusi laman web PCF atau Facebook mereka sehingga Mac ini untuk melihat lebih banyak ciptaan kanak-kanak lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg