Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Penjaja Yuhua ditutup, jalani pembersihan

Aug 6, 2021 | 5:30 AM
Foto ZAOBAO
Foto ZAOBAO -

PUSAT Penjaja Yuhua ditutup mulai semalam hingga 19 Ogos ini untuk menjalani pembersihan premis secara rapi danbagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Ini setelah siasatan epidemiologi mendapati kemungkinannya terdapat penularan koronavirus yang sedang berlaku di situ.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin, tujuh kes Covid-19 telah dikesan dalam kalangan individu yang bekerja atau mengunjungi pusat penjaja tersebut, yang terletak di 347 Jurong East Avenue 1.

MOH berkata semua individu yang bekerja di pusat penjaja itu telah diletakkan di bawah kuarantin dan akan diuji.

Ujian Covid-19 secara percuma juga akan diberikan kepada sesiapa yang mengunjungi Pasar dan Pusat Penjaja Yuhua antara 21 Julai dengan 4 Ogos, tambahnya.

"Semua pengunjung ke Pasar dan Pusat Penjaja Yuhua dinasihati memantau kesihatan mereka dengan rapat, dan mengurangkan interaksi sosial seberapa mungkin selama 14 hari dari tarikh kunjungan atau interaksi mereka. Mereka digalak agar berjumpa doktor dengan segera sekiranya mereka rasa tidak sihat," kata MOH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg