Pusat pertingkat pengajaran dan kerjaya guru bahasa melayu
Premium
Pusat pertingkat pengajaran dan kerjaya guru bahasa melayu
DPM Teo galak kaum guru perkukuh ikatan dengan pusat bahasa melayu
Apr 13, 2014 | 6:00 AM

RAIKAN BAHASA: Encik Teo (tengah, duduk) ceria melihat projek bahasa yang diketengahkan dua pelajar yang menyertai Fiesta Bahasa Melayu sempena perasmian MLCS semalam. Bersamanya ialah pengarah pusat MLCS, Encik Mohd Noh (dua dari kiri), dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi (kanan, barisan kedua). - Foto TAUFIK A. KADER -
PUSAT Bahasa Melayu Singapura (MLCS) di Bishan menyediakan wadah bagi guru-guru Bahasa Melayu terus memaju dan membangunkan kerjaya mereka sambil mempertingkatkan cara pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menerusi program dan peluang kolaborasi dengan pusat itu.
Lantaran itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, menggalak para guru supaya mengukuh dan meluaskan kerjasama mereka dengan pusat tersebut, yang pembukaannya dirasmikan beliau semalam.

