Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Pertukaran Bas Pasir Ris mula operasi 3 Julai

Jun 22, 2021 | 5:30 AM
KHIDMAT SEPERTI BIASA: Konfigurasi pusat pertukaran bas ini akan membantu dengan pembangunan ITH Pasir Ris yang baru. - Foto LTA
KHIDMAT SEPERTI BIASA: Konfigurasi pusat pertukaran bas ini akan membantu dengan pembangunan ITH Pasir Ris yang baru. - Foto LTA -

PENUMPANG yang menggunakan Pusat Pertukaran Bas Pasir Ris akan dapat menikmati kemudahan yang dipertingkatkan mulai 3 Julai, termasuk tempat perlindungan serta zon prioriti dengan tempat duduk.

Tidak akan ada sebarang perubahan pada laluan bas yang beroperasi dari pusat pertukaran bas tersebut, namun, perkhidmatan tersebut akan menggunakan tempat menaiki dan turun bas yang baru, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.

Menurut The Straits Times, khidmat bas ulang-alik khusus untuk anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang bergerak ke dan dari Terminal Feri SAF akan terus beroperasi dari pusat pertukaran bas itu.

Terdapat ruang tunggu untuk perkhidmatan ulang-alik di terminal yang disusun semula semula, tambah LTA.

Pusat pertukaran bas yang disusun semula itu bertujuan memudahkan pembinaan Hab Pengangkutan Bersepadu (ITH) Pasir Ris baru, yang dijangkakan selesai pada 2028.

Di samping itu, Rel Pasir Ris dijangka diselesaikan pada 2024, kata LTA.

Laluan trek timbal balik membolehkan drebar kereta api boleh berhenti, menukar hujung kereta api dan membolehkan kereta api itu untuk melalui laluan yang mereka tiba.

Pusat pertukaran bas yang akan disusun semula akan merangkumi bahagian baru di sepanjang Pasir Ris Central.

Poster dan tanda isyarat akan diletakkan di sekitar pusat pertukaran bas baru itu.

Duta perkhidmatan juga akan dikerah untuk membantu penumpang sekiranya perlu.

Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran, berkata sebahagian daripada pertukaran bas yang ada akan dirobohkan bulan depan untuk memberi laluan kepada ITH masa depan dan laluan timbal balik bagi kereta api.

Pusat pertukaran bas yang baru itu akan dikendalikan syarikat Go-Ahead Singapore, dan akan beroperasi sehingga ITH selesai.

LTA menyatakan terminal bas akan mempunyai ruang menaiki bas yang lebih luas di semua tempat, dan bebendul jalan yang memudahkan mereka yang berkerusi roda untuk menaiki bas serta kegunaan ibu bapa dengan kereta sorong.

Terdapat sebanyak 11 tempat berlainan untuk penumpang menaiki dan menurun bas.

Semua tempat-tempat ini mempunyai perlindungan dan bebas dari halangan.

Sebuah bilik juga telah disediakan untuk penumpang dengan keperluan khas yang mungkin memerlukan akses ke ruang yang sunyi dan tenang.

LTA berkata kakitangan kantin dan ruang rehat kakitangan di pusat pertukaran bas itu juga telah dinaik taraf, dan akan ada menyediakan tandas kakitangan khusus dan ruang untuk pekerja pembersih untuk berehat.

Terminal yang dikonfigurasi semula akan juga mempunyai sistem amaran berundur dengan lampu berkelip yang akan memberi amaran kepada pemandu bas ketika bas lain berundur.

LTA menjelaskan bahawa ia akan memantau operasi bas dengan teliti di pusat pertukaran bas yang dikonfigurasi semula, dan akan membuat penyesuaian jika perlu.

Encik Iswaran, yang melawat pusat pertukaran bas tersebut Ahad lalu menambah:

"LTA telah bekerjasama dengan masyarakat dan penasihat tempatan mengenai perubahan ini dan untuk mengurangkan kesulitan."

ITH adalah pertukaran bas berhawa dingin sepenuhnya yang menghubungkan stesen MRT dan pembangunan komersial yang berdekatan seperti pusat membeli-belah.

Pasir Ris ITH akan menjadi ITH ke-15 Singapura setelah selesai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg