Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Tukaran Bas Buangkok dibuka 1 Dis

Pusat itu akan disepadukan dengan stesen MRT Buangkok dan pusat beli-belah, Sengkang Grand Mall
Nov 1, 2024 | 3:01 PM
Pusat Tukaran Bas Buangkok akan disepadukan dengan pusat beli-belah, Sengkang Grand Mall dan stesen MRT Buangkok, menjadikannya Hab Pengangkutan Bersepadu ke-12 Singapura.
Pusat Tukaran Bas Buangkok akan disepadukan dengan pusat beli-belah, Sengkang Grand Mall dan stesen MRT Buangkok, menjadikannya Hab Pengangkutan Bersepadu ke-12 Singapura. - Foto ST

Penduduk di Buangkok akan dapat menikmati perjalanan lebih lancar apabila sebuah pusat tukaran bas baru dibuka di sana pada 1 Disember.

Pusat Tukaran Bas Buangkok, yang diuruskan oleh pengendali pengangkutan SBS Transit, akan disepadukan dengan stesen MRT Buangkok dan pusat beli-belah, Sengkang Grand Mall.

Pusat tukaran bas itu akan dapat menampung hingga tujuh perkhidmatan bas secara berperingkat. 

Pada peringkat awal operas, ia akan menawarkan tiga perkhidmatan bas – 114, 156 dan 110 – yang melalui kawasan Sengkang East Avenue dan Anchorvale, lapor The Straits Times.

Perkhidmatan bas 114, yang buat masa ini beroperasi dari stesen MRT Buangkok, akan memulakan perjalanannya dari persimpangan Buangkok lima minit lebih awal pada 5.55 pagi mulai 1 Disember.

Apabila perkhidmatan bas 156 mula beroperasi dari Buangkok, ia akan berhenti di dua perhentian bas tambahan di sepanjang Sengkang East Avenue, tetapi tidak lagi berhenti di tujuh perhentian bas yang biasa dilaluinya di sepanjang Sengkang East Road, Sengkang East Way dan Compassvale Road.

Sejajar dengan pembukaan Pusat Tukaran Bas Buangkok juga, operasi di Pusat Tukaran Bas Compassvale, yang hanya menawarkan dua perkhidmatan bas – 110 dan 374 – akan dihentikan.

Perkhidmatan bas 110, yang menuju ke Lapangan Terbang Changi, akan dipindahkan ke Pusat Tukaran Bas Buangkok dan tidak lagi berhenti di dua perhentian di sepanjang Compassvale Road. 

Sementara itu, perkhidmatan bas 374 akan dipindahkan ke Pusat Tukaran Bas Sengkang. 

“Kami memohon para penumpang dapat memahami bahawa pengendali bas kami mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan operasi pertukaran bas yang baru,” kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 1 November.

Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh melayari laman web SBS Transit.

Pusat tukaran bas baru itu akan dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas khas untuk golongan berkerusi roda, bilik penjagaan bayi dan bilik rehat untuk penumpang.

Ia juga mempunyai prasarana penjimatan tenaga seperti lampu LED, paip jimat air dan lampu dengan sensor gerakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg