Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat urut tawar seks dibanteras

Oct 4, 2022 | 5:30 AM
DISOAL: Seorang lelaki, dipercayai pelanggan, kelihatan sedang disoal siasat oleh pegawai polis tidak beruniform dalam sebuah bilik di cawangan urut badan di Balestier Road yang disyaki menawarkan khidmat seks secara sulit. - Foto BH oleh JASON QUAH
DISOAL: Seorang lelaki, dipercayai pelanggan, kelihatan sedang disoal siasat oleh pegawai polis tidak beruniform dalam sebuah bilik di cawangan urut badan di Balestier Road yang disyaki menawarkan khidmat seks secara sulit. - Foto BH oleh JASON QUAH -

SEDANG matahari siang bersinar, sebuah premis 'urutan badan' di Balestier Road pula sibuk menguruskan perniagaan seksual dalam gelap.

Apabila media berkunjung ke rumah kedai dua tingkat sekitar 3 petang Jumaat lalu selepas ia diserbu polis, premis gelap gelita itu berbau minyak wangi bunga dan dilengkapi sembilan bilik kecil.

Tiga lelaki, yang dipercayai pelanggan di premis itu, sedang disoal polis tidak beruniform.

Sekitar 11 wanita, ada yang berpakaian menjolok mata dan dipercayai dari China, diarah berdiri di depan tembok.

Pihak polis mengambil pasport, butiran dan kenyataan mereka serta merampas beberapa telefon bimbit dipercayai diguna untuk menawar khidmat seks kepada pelanggan.

Seorang lagi lelaki, dipercayai dari China dan mengendali premis itu, turut ditahan polis.

Setiap bilik dipisahkan dengan dinding papan dan dilengkapi katil dan tempat mandi.

Serbuan itu merupakan antara operasi membanteras kegiatan maksiat besar-besarkan yang diketuai Divisyen Polis Tanglin dengan beberapa agensi penguatkuasaan lain antara 24 September dengan 1 Oktober lalu.

Hasil operasi itu, seramai 40 individu telah disiasat atas pelbagai kesalahan dan antara mereka, 19 telah diberkas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg