Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pustaka Awam Central tampil budaya, warisan S’pura, termasuk program Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pustaka Awam Central tampil budaya, warisan S’pura, termasuk program Melayu

Jan 12, 2024 | 05:49 PM



Pengunjung Perpustakaan Awam Central Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) yang baru dibuka semula boleh menantikan pelbagai ciri baru termasuk ‘Alkof Singapura’ – ruang kecil yang menawarkan segmen interaktif yang menampilkan kisah budaya, warisan dan kesusasteraan Singapura.

Tambahan, terdapat pelbagai lukisan pada dinding atau mural dan karya seni yang mencerminkan budaya dan warisan Singapura di serata perpustakaan.

Bagi masyarakat Melayu, terdapat program pada masa akan datang yang dikhususkan bagi menyelami kekayaan bahasa ibunda dan budaya, menawarkan pengalaman yang unik dan menarik yang disesuaikan dengan minat dan warisan masyarakat ini.

Perpustakaan yang ditutup pada 13 Jun 2022 itu dibuka semula secara rasmi pada 12 Januari oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.

“Melalui ruang ‘Alkof Singapura’, kami memperkenalkan elemen interaktif yang mencipta suasana yang dinamik dan bermakna, membolehkan pengunjung lebih memahami sejarah dan budaya Singapura melalui kesusasteraan tempatan,” jelas Pustakawan Bahasa Melayu NLB, Cik Nur Fitri Muhammad Syafran.

Pameran yang diadakan di ‘Alkof Singapura’ untuk julung-julung kalinya dinamakan Landskap Lepak: Kehidupan Dan Riadah di Singapura yang bertujuan memberi pemahaman yang lebih mendalam dan penghargaan tentang budaya ‘lepak’ atau rekreasi Singapura.


Pengunjung boleh menjana kod QR peribadi yang kemudian boleh mereka imbas untuk mengakses buku cerita digital, paparan artifak dan elemen interaktif lain.

Cik Nur Fitri turut berkata bahawa kakitangan dan sukarelawan perpustakaan telah dilatih untuk membimbing pengunjung yang kurang celik teknologi agar lebih mesra kepada pelbagai golongan, termasuk keluarga dan warga emas.

“Dengan menganjurkan pelbagai pameran dan program, kami bertujuan untuk menjadi ‘pusat budaya’ yang memperkaya pengetahuan mereka mengenai sejarah, dan pada masa yang sama, memberikan keseronokan dalam setiap langkah proses pembelajaran,” ujar Cik Nur Fitri.

Antara program yang akan dianjurkan di ‘Alkof Singapura’ ialah ceramah berjudul Cerita Bahasa Yang Tak Sudah, disampaikan oleh Editor Bersekutu merangkap Editor Naskah, Berita Harian, Encik Chairul Fahmy Hussaini, pada 3 Februari.


Beliau akan membincangkan karya-karya terpilih dan meneroka pandangan masyarakat Melayu terhadap bahasa ibunda mereka.

Selain itu, empat kumpulan pelajar daripada Sekolah Seni Halus di Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) telah ditugaskan untuk mencipta karya seni untuk mural dalam bahagian yang berbeza di perpustakaan, berdasarkan tema perpustakaan, ‘Singapura: Kaleidoskop’.

Antara karya seni yang dipaparkan di mural perpustakaan ialah Hexagonoscopic Adventures: Bits and Pieces of Our Identities yang direka oleh Citra Aryani Rudianto, Muhammad Hardry Nur’Hakim Abdullah dan Noor Syafiqah Faizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >