Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putera Mahkota Brunei lawat SG, pimpin delegasi Program Pemimpin Muda

Aug 2, 2022 | 4:24 PM
Putera Al-Muhtadee Billah, akan mengadakan lawatan ke Singapura mulai 3 Ogos. - Foto MINDEF.GOV.BN
Putera Al-Muhtadee Billah, akan mengadakan lawatan ke Singapura mulai 3 Ogos. - Foto MINDEF.GOV.BN -

PUTERA Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, akan mengadakan lawatan ke Singapura mulai eok (3 Ogos) hingga Jumaat (5 Ogos) atas jemputan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, Putera Al-Muhtadee Billah akan memimpin satu delegasi ke Singapura bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei.

Dilancarkan pada 2013, YLP merupakan satu platform utama bagi warga muda Singapura serta para pemimpin Brunei untuk berinteraksi dan menjalin hubungan antara satu sama lain.

Putera Al-Muhtadee Billah akan ditemani isterinya, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta anak-anak mereka; Puteri Muneerah Madhul Bolkiah, Putera Muhammad Aiman dan Puteri Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.

Anggota lain delegasi Brunei yang akan turut serta adalah Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan serta Ekonomi, Dato Amin Liew Abdullah; Menteri Pendidikan, Datin Romaizah Salleh; Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dato Riza Yunos, serta para pegawai kanan dari kementerian Ehwal Luar dan Jabatan Perkhidmatan Awam Brunei.

Semasa YLP itu, Presiden Halimah Yacob dan Encik Mohamed Abdullah Alhabshee akan menjadi hos makan tengah hari kepada Putera Al-Muhtadee Billah.

Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan menjadi hos makan tengah hari berasingan bagi Putera Al-Muhtadee Billah dan anggota delegasinya.

Satu majlis makan malam selamat datang akan dihoskan SM Encik Teo, dan Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, bagi Putera Al-Muhtadee Billah serta delegasi Brunei itu.

Putera Al-Muhtadee Billah juga akan membuat lawatan berasingan ke Sekolah Victoria dan Dewan Victoria, Our Tampines Hub dan pusatkhidmat awam bersepadunya, serta Pangkalan Tentera Laut Changi RSS - Singapura.

Lawatan Putera Al-Muhtadee Billah, yang pertama sejak 2019 menyusuli pandemik Covid-19, mengesahkan hubungan cemerlang dan rapat antara Singapura dengan Brunei. Semasa lawatannya, kededua pihak akan membincangkan cara mengukuhkan hubungan dua hala dalam tahun-tahun mendatang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg