Topik diikuti
Pergi ke BHkuPutera Mahkota Brunei lawat S'pura
Putera Mahkota Brunei lawat S'pura
Putera Mahkota Brunei lawat S'pura
KUNJUNGAN KE SINGAPURA: Putera Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei (dua dari kanan) tiba di Singapura bagi Program Pemimpin Muda (YLP) keenam, dan disambut oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng (paling kanan). - Foto MFA -
Oct 30, 2018 | 5:30 AM
PUTERA Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, kini berada di Singapura untuk lawatan rasmi sehingga 4 November atas undangan Timbalan Perdana Menteri (DPM) Teo Chee Hean.
Putera Haji Al-Muhtadee Billah, yang tiba di Singapura sejak kelmarin mengetuai delegasi ke Singapura bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei yang keenam.
