Dengan pandemik dan kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku sekarang, ramai pekerja berasa bimbang akan nasib pekerjaan mereka. Malangnya, ada yang juga hilang pekerjaan mereka semasa tempoh mencabar ini dan kini menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan baru. Namun, masih lagi terdapat peluang yang sedia ada di luar sana bagi individu mendapatkan pekerjaan baru, menukar kerjaya ataupun mempertingkatkan kemahiran dan menimba pengetahuan baru. Berikut kisah dua individu yang diberhentikan kerja dan berjaya mendapatkan pekerjaan baru hasil bantuan pembimbing kerjaya agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan panduan daripada seorang pembimbing kerjaya.
APABILA seseorang kehilangan pekerjaan atau tidak dapat menemui pekerjaan yang sesuai semasa tempoh mencabar ini, adalah semula jadi bagi individu itu berasa tawar hati.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg