Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Radang usus hambat sambutan ulang tahun ke-15 remaja

Jul 24, 2024 | 7:16 PM
Keadaan Muhammad Akid Asyraafiq Abdul Rahim selepas jalani pembedahan pertama pada Hari Raya Haji 2024.
Keadaan Muhammad Akid Asyraafiq Abdul Rahim selepas jalani pembedahan pertama pada Hari Raya Haji 2024. - Foto ihsan AMINAH HALIMI

Setahun lalu, Muhammad Akid Asyraafiq Abdul Rahim merupakan remaja berusia 14 tahun yang ceria, bersemangat dan bertenaga.

Namun, keadaannya berubah sekitar Jun 2023 apabila dia mula mengalami cirit-birit, dan kemudian hilang kawalan buang air besar. Tubuhnya kian lemah dan tidak bertenaga.

Pelajar menengah tiga Sekolah Menengah West Spring itu rupa-rupanya dikesan menghidap penyakit Crohn’s (radang usus) dan anemia (kekurangan zat besi dalam darah) Jun lalu dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan nanah dari bahagian kanan ususnya.

Pada 21 Julai, dia tidak dapat meraikan ulang tahunnya yang ke-15 kerana masih di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH). Ini memandangkan sehari selepas itu, dia perlu jalani pembedahan kedua untuk mengeluarkan lagi nanah di bahagian kiri ususnya pula.

Penyakit Crohn merupakan penyakit kronik yang menyebabkan tisu usus radang, sakit perut, cirit-birit yang teruk, keletihan, penurunan berat badan dan kekurangan zat.

Kos rawatan Muhammad Akid dianggarkan mencecah antara $10,000 hingga $20,000 memandangkan beliau harus kekal di hospital selama hampir dua bulan lagi.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), ibunya, Cik Aminah Halimi, 49 tahun, atau lebih dikenali di Facebook sebagai Chinta Eyna, berkata anaknya biasanya aktif dan ceria bergaul dengan rakan sekolahnya.

Namun sejak Hari Raya Haji, dia terlantar di hospital.

“Apabila mula-mula sakit, Akid tidak boleh nak baring atau duduk. Jadi, dia tidak boleh pergi sekolah. Dia rindu sangat rakan-rakannya, jadi bila mereka datang jenguknya, barulah dia ceria sedikit,” kata Cik Aminah, pegawai pentadbiran syarikat pengurusan kemudahan.

“Sebelum dapat pengesahan dia menghidapi penyakit ini, Akid kurang selera makan dan daya fizikal terbantut. Selepas itu, demam pula dan keluar bisul. Doktor kata kalau tak pulih juga, terpaksa terus ke wad kecemasan di KKH,” tambahnya.

Dalam usaha membantu Cik Aminah, sekumpulan seniman jalanan, Cik Fyzie Azieani, Cik Joyce Suraya dan Encik Rizman Salleh telah mengumpul $650 pada awal Julai.

Menurut Naib Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Nurhidayati Suphan, penyakit Crohn’s memang disenaraikan dalam buku teks perubatan.

Namun, mungkin ada faktor-faktor khusus yang menyebabkan kondisi itu meradang dan menjejas pesakit secara individu.

Cik Aminah menambah anaknya masih dalam kesakitan biarpun sudah menjalani pembedahan kedua.

“Sebagai seorang ibu, saya tak kuat lihat dia dalam keadaan menderita,” ujarnya sayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg