Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahat Pemimpin S'pura-Indon: Vivian tidak ke Bintan, asingkan diri, mungkin terdedah pada Covid-19

Jan 25, 2022 | 10:41 AM
DR VIVIAN BALAKRISHNAN
DR VIVIAN BALAKRISHNAN -

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan tidak akan menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan hari ini (25 Jan) kerana telah menerima Amaran Risiko Kesihatan (HRW) dan terpaksa mengasingkan diri.

Mengikut maklumat di laman web Kementerian Kesihatan (MOH) orang yang diberikan HRW telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19 atau anggota isi rumah kes positif Covid-19. Beliau perlu mengambil ujian ART dalam tempoh 24 jam mendapat perintah itu dan memantau kesihatan selama seminggu.

Menulis di Facebook, Dr Vivian berkata beliau telah terdedah kepada satu kes yang berpotensi positif bagi Covid-19 dan telah menguji dirinya sebagai negatif.

"Saya akan menjalani tempoh pemantauan selama tujuh hari dan tidak akan pergi ke Rahat Pemimpin di Bintan," katanya.

Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Cik Sim Ann akan mengantikan tempat beliau di Rahat itu.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan memulakan lawatan ke Bintan pada Selasa (25 Jan) bagi Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihoskan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg