Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahayu: Perkembangan S'pura terus jadi keprihatinan warga yang menetap di China

Mar 30, 2023 | 5:30 AM
RAMAH MESRA: Cik Rahayu bertemu dengan beberapa warga Singapura yang berpangkalan di Guangzhou semasa lawatannya ke China. - Foto INSTAGRAM RAHAYU MAHZAM
RAMAH MESRA: Cik Rahayu bertemu dengan beberapa warga Singapura yang berpangkalan di Guangzhou semasa lawatannya ke China. - Foto INSTAGRAM RAHAYU MAHZAM -

MESKIPUN mereka berada beribu batu dari Singapura, hati warga Singapura yang berpangkalan di Guangzhou, China, tetap dekat dengan tanah air mereka.

Berpeluang bertemu dengan warga Singapura daripada pelbagai latar belakang di Guangzhou itu pada Isnin, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata mereka telah mengadakan banyak perbincangan yang bermakna.

"Saya gembira ramai daripada mereka masih mengikuti perkembangan terkini dari tanah air mereka dan amat mengambil berat tentang apa yang berlaku di Singapura.

"Kami bercakap tentang sistem pendidikan, sokongan bagi kanak-kanak yang memiliki keupayaan berbeza, pembangunan wanita serta keprihatinan dan cabaran warga Singapura," ujarnya sambil menambah ramai daripada mereka juga rindu dengan tanah air mereka.

Namun sedang mereka membina kehidupan mereka dan membesarkan anak-anak mereka di negara asing, Cik Rahayu berkata mereka tetap amat dekat dengan tanah air mereka, Singapura.

Beliau turut berkongsi beberapa gambar beliau semasa berinteraksi dengan warga Singapura di Guangzhou itu di laman Facebook dan Instagram beliau.

Cik Rahayu menyertai Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; dan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann dalam satu lawatan rasmi ke China.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg